Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melihat Aisyah RA di sisi kedua orang tuanya sebelum baginda SAW menggaulinya

Teks Bahasa Arab

حديث: "أن النبي صلى الله عليه وسلم اجتلى عائشة عند أبويها قبل أن يبني بها

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Adalah Nabi SAW melihat Aisyah RA di sisi ibubapanya sebelum baginda SAW menggaulinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن ابن عمر مرفوعا وفي إسناده: القاسم بن عبد الله بن عمر بن عبد الله بن دينار وهو كذاب.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Qasim bin Abdillah bin Umar bin Abdillah bin Dinar seorang pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.