TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – عن حلق القفا إلا للحجامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang untuk mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk tujuan berbekam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – عن حلق القفا إلا للحجامة)). [طس، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3496، 4727)]
(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA beliau berkata: Nabi SAW melarang untuk mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk tujuan berbekam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3496, 4727]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.