Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melarang untuk mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk tujuan berbekam

Teks Bahasa Arab

نهى - صلى الله عليه وسلم - عن حلقِ القفَا إلا للحِجامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW melarang untuk mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk tujuan berbekam.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis no. 1139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -، قال: ((نهى - صلى الله عليه وسلم - عن حلق القفا إلا للحجامة)). [طس، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3496، 4727)]

(Daif) Daripada Umar bin al-Khattab RA beliau berkata: Nabi SAW melarang untuk mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk tujuan berbekam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3496, 4727]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.