Nabi SAW melarang untuk duduk seolah-olah ingin bangun di dalam solat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يستوفز الرجل في صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang untuk duduk seolah-olah ingin bangun di dalam solat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis nombor 1583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب – رضي الله عنه -، قال: ((نهى أن يستوفز الرجل في صلاته)).
[الحاكم، ((الضعيفة)) (4708)]

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA, berkata: Nabi SAW melarang untuk duduk seolah-olah ingin bangun di dalam solat.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4708]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.