Nabi SAW melarang untuk diucapkan kepada seorang Muslim: Ṣarūrah

TEKS BAHASA ARAB

نهى صلى الله عليه وسلم أن يقال للمسلم: صرورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang untuk diucapkan kepada seorang Muslim: Ṣarūrah (tinggalkan ibadat haji).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis nombor 462. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن يقال للمسلم: صرورة.
[قط، هق، ((الضعيفة)) (4713)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi SAW melarang untuk diucapkan kepada seorang Muslim: Ṣarūrah (tinggalkan ibadat haji).”
[Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Sunan, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4713]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.