TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يقال للمسلم: صرورة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang untuk dikatakan kepada seorang muslim sebagai: ‘Sarurah’ (iaitu orang yang tidak melakukan haji).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 214, hadis nombor 1137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يقال للمسلم: صرورة)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (4713)]
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Nabi SAW melarang untuk dikatakan kepada seorang muslim sebagai: ‘Sarurah’ (iaitu orang yang tidak melakukan haji).
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4713]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.