Nabi SAW melarang untuk bertutur dengan bahasa Parsi di dalam al-Masjid al-Haram

TEKS BAHASA ARAB

نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يتكلم بالفارسية في المسجد الحرام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang untuk bertutur dengan bahasa Parsi di dalam al-Masjid al-Haram.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 238, hadis nombor 1249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن مكحول، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – أن يتكلم بالفارسية في المسجد الحرام)). [الفاكهي في ((أخبار مكة))، ((الضعيفة)) (6459)]

(Munkar)
Daripada Makhul beliau berkata: Nabi SAW melarang untuk bertutur dengan bahasa Parsi di dalam al-Masjid al-Haram.
[Riwayat al-Fakihi dalam Akhbar Makkah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6459]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs