TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: إنه يحرك عرق الجذام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang untuk bersiwak dengan pokok selasih ataupun delima, baginda berkata: Kerana ia merangsang pembuluh darah/urat untuk penyakit kusta.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 215, hadis nombor 1140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ضمرة بن حبيب، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: إنه يحرك عرق الجذام)). [أبو نعيم في ((الطب النبوي))، ((الضعيفة)) (4718)]
(Lemah)
Daripada Dhamrah bin Habib, beliau berkata: Nabi SAW melarang untuk bersiwak dengan pokok selasih ataupun delima, baginda berkata: Kerana ia merangsang pembuluh darah/urat untuk penyakit kusta.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Tibb al-Nabawi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4718]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.