TEKS BAHASA ARAB
نهى – صلى الله عليه وسلم – عن الصلاة في الحمام، وعن السلام على بادي العورة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melarang solat di dalam bilik air (tandas) dan (Baginda turut melarang) memberi salam kepada orang yang mendedahkan auratnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 221, hadis nombor 1173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: ((نهى – صلى الله عليه وسلم – عن الصلاة في الحمام، وعن السلام على بادي العورة)). [عق، ((الضعيفة)) (5231)]
(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Nabi SAW melarang solat di dalam bilik air (tandas) dan (Baginda turut melarang) memberi salam kepada orang yang mendedahkan auratnya.
[Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5231]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.