Nabi SAW melarang seseorang itu kencing dalam keadaan kemaluannya menghadap ke arah matahari dan bulan

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يبول الرجل وفرجه باد إلى الشمس والقمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Nabi SAW melarang seseorang itu kencing dalam keadaan kemaluannya menghadap ke arah matahari dan bulan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193, hadis nombor 6048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أبي هريرة، وجابر، وعبد الله بن عمرو وعمران بن حصين ومعقل بن يسار وعبد الله بن عمر وأنس بن مالك رضي الله عنهم يزيد بعضهم على بعض في الحديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يبول الرجل وفرجه باد إلى الشمس والقمر.
[الحكيم في ((كتاب المناهي))، ((الضعيفة)) (944)]

(Batil)
Daripada Abi Hurairah, Jabir, ‘Abdullah bin ‘Amr, ‘Imran bin Husain, Ma’qil bin Yasar, ‘Abdullah bin ‘Umar dan Anas bin Malik RA, sebahagian mereka menambah ke atas sebahagian lain dalam hadis: Bahawa Nabi SAW melarang seseorang itu kencing dalam keadaan kemaluannya menghadap ke arah matahari dan bulan.
[Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Manahiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 944]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.