Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أن النبي صلى الله عليه وسلم نَهى أن يبولَ الرَّجلُ وفرجُهُ بادٍ إلى الشَّمسِ والقمرِ.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa Nabi SAW melarang seseorang itu kencing dalam keadaan kemaluannya menghadap ke arah matahari dan bulan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- Abu Hurairah RA
- Anas bin Malik RA
- 'Imran bin Husain RA
- Jabir RA
- Ma'qil bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193, hadis no. 6048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أبي هريرة، وجابر، وعبد الله بن عمرو وعمران بن حصين ومعقل بن يسار وعبد الله بن عمر وأنس بن مالك رضي الله عنهم يزيد بعضهم على بعض في الحديث: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يبول الرجل وفرجه باد إلى الشمس والقمر. [الحكيم في ((كتاب المناهي))، ((الضعيفة)) (944)]
(Batil) Daripada Abi Hurairah, Jabir, 'Abdullah bin 'Amr, 'Imran bin Husain, Ma'qil bin Yasar, 'Abdullah bin 'Umar dan Anas bin Malik RA, sebahagian mereka menambah ke atas sebahagian lain dalam hadis: Bahawa Nabi SAW melarang seseorang itu kencing dalam keadaan kemaluannya menghadap ke arah matahari dan bulan. [Riwayat al-Hakim dalam Kitab al-Manahiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 944]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman