Nabi SAW melarang seorang muazzin itu untuk menjadi imam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يكون الإمام مؤذنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang seorang muazzin itu untuk menjadi imam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis nombor 1584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله هنه -، قال: ((نهى أن يكون الإمام مؤذنا)).
[الغطريف في ((جزئه))، عد، هق، ((الضعيفة)) (4714)]

(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA beliau berkata: Nabi SAW melarang seorang muazzin itu untuk menjadi imam.
[Riwayat al-Ghutrif dalam Juzuk beliau, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4714]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.