Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى أنْ يكونَ الإمامُ مَؤَذِّنًا.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang seorang muazzin itu untuk menjadi imam.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis no. 1584. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن عبد الله - رضي الله هنه -، قال: ((نهى أن يكون الإمام مؤذنا)). [الغطريف في ((جزئه))، عد، هق، ((الضعيفة)) (4714)]
(Daif) Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA beliau berkata: Nabi SAW melarang seorang muazzin itu untuk menjadi imam. [Riwayat al-Ghutrif dalam Juzuk beliau, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi dan Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4714]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman