Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melarang seorang lelaki untuk berjalan di tengah-tengah dua ekor unta

Teks Bahasa Arab

نَهَى أنْ يَمشيَ الرجلُ بينَ البعيرينِ يقودُهما.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW melarang seorang lelaki untuk berjalan di tengah-tengah dua ekor unta untuk dia memimpin keduanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis no. 858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: نهى أن يمشي الرجل بين البعيرين يقودهما. [ك، ((الضعيفة)) (374)]

(Daif) Daripada Anas - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Nabi SAW melarang seorang lelaki untuk berjalan di tengah-tengah dua ekor unta untuk dia memimpin keduanya. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 374]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.