Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melarang perbuatan menunggang haiwan tunggangan seramai tiga orang

Teks Bahasa Arab

نهى أن يركبَ ثلاثةً على دابَّةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW melarang perbuatan menunggang haiwan tunggangan seramai tiga orang.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis no. 857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: نهى أن يركب ثلاثة على دابة. [طس، ((الضعيفة)) (493)]

(Daif) Daripada Jabir - Raḍiyallāhu ‘anhu - secara Marfu’: Nabi SAW melarang perbuatan menaiki haiwan tunggangan seramai tiga orang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 493]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.