Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى أن يُخْصَى أحدٌ من بني آدمَ
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang perbuatan mengembirikan anak keturunan bani Adam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis no. 4010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عبد الله بن مسعود مرفوعا: نهى أن يخصى أحد من بني آدم. [تمام، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1656)]
(Batil) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’: “Nabi SAW melarang perbuatan mengembirikan anak keturunan bani Adam.” [Riwayat al-Razi dalam al-Fawaid, Ibn Adi dalam al-Kamil, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1656]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman