TEKS BAHASA ARAB
إنما نهى النبي – صلى الله عليه وسلم – عن الجلوس على القبور لبول أو غائط.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Nabi SAW telah melarang perbuatan duduk di atas kubur untuk tujuan kencing atau buang air besar.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis nombor 564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – أن زيد بن ثابت، قال: هلم – يا ابن أخي – أخبرك: إنما نهى النبي – صلى الله عليه وسلم – عن الجلوس على القبور لبولٍ أو غائطٍ.
[الطحاوي، ((الضعيفة)) (5781)]
(Munkar)
Daripada Abu Umamah RA bahawa Zayd ibn Thabit telah berkata: Marilah kamu wahai anak saudaraku! Aku memberitahukan kepadamu: Sesungguhnya Nabi SAW telah melarang perbuatan duduk di atas kubur untuk tujuan kencing atau buang air besar.
[Riwayat al-Ṭaḥāwī dalam Sharḥ al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5781]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.