Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّما نَهَى النبي - صلى الله عليه وسلم - عَنِ الجُلُوسِ على القُبُورِ لِبُولٍ أو غَائِطٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Nabi SAW telah melarang perbuatan duduk di atas kubur untuk tujuan kencing atau buang air besar.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 110, hadis no. 564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي أمامة - رضي الله عنه - أن زيد بن ثابت، قال: هلم - يا ابن أخي - أخبرك: إنما نهى النبي - صلى الله عليه وسلم - عن الجلوس على القبور لبولٍ أو غائطٍ. [الطحاوي، ((الضعيفة)) (5781)]
(Munkar) Daripada Abu Umamah RA bahawa Zayd ibn Thabit telah berkata: Marilah kamu wahai anak saudaraku! Aku memberitahukan kepadamu: Sesungguhnya Nabi SAW telah melarang perbuatan duduk di atas kubur untuk tujuan kencing atau buang air besar. [Riwayat al-Ṭaḥāwī dalam Sharḥ al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5781]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman