Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهى صلى الله عليه وسلم عن حلقِ القفَا إلا للحِجامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk berbekam.
Sahabat Perawi
- ‘Umar bin al-Khaṭṭāb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis no. 464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم عن حلق القفا إلا للحجامة. [طس، عد، أبو نعيم في ((أخبار الأبحان))، ((الضعيفة)) (3496) (4727)]
(Daif) Daripada ‘Umar ibn al-Khaṭṭāb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi SAW melarang mencukur bahagian hujung leher melainkan untuk berbekam.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. (3496, 4727)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman