Daif Dengan Selengkap Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نهَى صلى الله عليه وسلم أن يُنفخَ في الطَّعامِ والشَّرابِ والثَّمَرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang ditiupkan pada makanan, minuman dan juga hasil tanaman.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Selengkap Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis no. 463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن ينفخ في الطعام والشراب والثمرة. [طب، ((الضعيفة)) (4715)]
(Daif Dengan Selengkap Ini) Daripada Ibn ‘Abbās RA telah berkata: “Nabi SAW melarang ditiupkan pada makanan, minuman dan juga hasil tanaman.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4715]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman