Nabi SAW melarang daripada solat 1 rakaat witir sahaja

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نهى النبي صلى الله عليه وآله وسلم عن البتيراء: أن يصلي الرجل واحدة.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Nabi SAW melarang daripada al-Butaira’ iaitu seorang lelaki solat 1 rakaat witir sahaja”.

 

STATUS

Lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis nombor 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 

قال في المقاصد: في سنده من غلبه الوهم.
وقال النووي: مرسل ضعيف.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Di dalam sanadnya terdapat perawi yang dikuasai Wahm (melakukan kesilapan).

al-Nawawi berkata: Hadith ini mursal dhaif.

 

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

 

Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs