Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melarang daripada solat 1 rakaat witir sahaja

Teks Bahasa Arab

حديث: نهى النبي صلى الله عليه وآله وسلم عن البتيراء: أن يصلي الرجل واحدة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Nabi SAW melarang daripada al-Butaira’ iaitu seorang lelaki solat 1 rakaat witir sahaja”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 28, hadis no. 51. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: في سنده من غلبه الوهم. وقال النووي: مرسل ضعيف.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Di dalam sanadnya terdapat perawi yang dikuasai Wahm (melakukan kesilapan).

al-Nawawi berkata: Hadith ini mursal dhaif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.