Nabi SAW melarang daripada berjabat tangan

TEKS BAHASA ARAB

نهى صلى الله عليه وسلم أن يصافح المشركون، أو يكنوا، أو يرحب بهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang daripada berjabat tangan dengan golongan musyrikin, atau diberikan nama gelaran (Abu atau Ummu) dan diraikan dengan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 91, hadis nombor 461. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر – رضي الله عنه -، قال: نهى صلى الله عليه وسلم أن يصافح المشركون، أو يكنوا، أو يرحب بهم.
[حل، ((الضعيفة)) (4705)]

(Palsu)
Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Nabi SAW melarang daripada berjabat tangan dengan golongan musyrikin, atau diberikan nama gelaran (Abu atau Ummu) dan diraikan dengan mereka.”
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah. no. 4705]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.