Nabi SAW melarang daripada al-Butaira‘

TEKS BAHASA ARAB

هى النبي صلى الله عليه وسلم عن البتيراء أن يصلي الرجل واحدة يوتر بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang daripada al-Butaira‘ iaitu seorang lelaki yang menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في مسنده من غلبه الوهم، وقال النووي في الخلاصة هو مرسل ضعيف.

Dalam sanadnya terdapat perawi yang wahm. Imam al-Nawawi berkata di dalam kitab al-Khulasah: Ia adalah hadith Mursal yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs