Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى -صَلَى الله عَلَيهِ وَسَلَم - عَنِ السِّوَاكِ بِعُودِ الرَّيْحَانِ وَالرُّمَّانِ؛ وَقَالَ: ((إِنَّهُ يحرِّكُ عِرْقَ الجُذَامِ)).
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima, Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia boleh mengaktifkan urat kusta.”
Sahabat Perawi
- Dhamrah Ibn Habib
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis no. 5983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ضمرة بن حبيب، قال: نهى عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: ((إنه يحرك عرق الجذام)).
(Lemah) Daripada Dhamrah Ibn Habib, telah berkata: Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima, Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia boleh mengaktifkan urat kusta.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4718]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman