Munkar Tambahan “dan baginda bersabda... hingga akhir”

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melakukan umrah dari al-Ji’ranah dan berkata: Ada 70 orang Nabi yang melakukan umrah dari situ

Teks Bahasa Arab

أن النبي صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ اعتمرَ منَ الجِعرَّانةِ، وقالَ: اعتمرَ منها سبعونَ نبيًّا .

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW melakukan umrah dari al-Ji’ranah dan berkata: Ada 70 orang Nabi yang melakukan umrah dari situ.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin Ja’far

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Tambahan “dan baginda bersabda... hingga akhir”

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis no. 3854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر زيادة: (وقال..) إلخ) عن محمد بن جعفر، قال: ((أن النبي صلى الله عليه وسلم اعتمر‌ من ‌الجعرانة، وقال: اعتمر منها سبعون نبيا)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (5635)]

(Munkar dengan penambahan “dan bersabda”) Daripada Muhammad bin Ja’far berkata: Nabi SAW melakukan umrah dari al-Ji’ranah dan berkata: Ada 70 orang Nabi yang melakukan umrah dari situ. [Riwayat Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5635]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.