Daif Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW melaknat golongan mukhannas (pondan) dan mutarajjilat (tomboi)

Teks Bahasa Arab

لعنَ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ - مخنَّثي الرِّجالِ الَّذينَ يتشبَّهونَ بالنِّساءِ، والمترجِّلاتِ منَ النِّساءِ المُتشبِّهينَ بالرِّجالِ، والمُتبتِّلينَ منَ الرِّجالِ الَّذي يقولُ: لا يتزوَّجُ! والمتبتِّلاتِ منَ النِّساءِ اللَّاتي يقُلنَ ذلِكَ، وراكِبَ الفلاةِ وحدَهُ، فاشتدَّ ذلِكَ علَى أصحابِ رسولِ اللَّهِ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ -، حتَّى استبانَ ذلِكَ علَى وجوهِهِم، وقالَ: البائتُ وحدَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW melaknat golongan mukhannas (pondan) daripada kalangan lelaki yang menyerupai wanita dan mutarajjilat (tomboi) daripada kalangan wanita yang menyerupai lelaki. Dan golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin dengan menyebut: 'Dia tidak mahu berkahwin'. Serta golongan wanita yang tidak mahu berkahwin dengan mengatakan ucapan yang sama. (Juga Baginda melaknat) seseorang yang menunggang di kawasan tanah yang luas secara seorang diri. Maka perkara tersebut menjadi berat ke atas para sahabat Rasulullah SAW, sehingga telihat jelas perasaan tersebut pada wajah mereka. Kemudian Baginda menyambung: (Turut dilaknat) orang yang tidur secara bersendirian.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 183, hadis no. 938. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: لعن - صلى الله عليه وسلم - مخنثي الرجال الذين يتشبهون بالنساء والمترجلات من النساء المتشبهين بالرجال، والمتبتلين من الرجال الذي يقول: لا يتزوج! والمتبتلات من النساء اللاتي يقلن ذلك، وراكب الفلاة وحده، فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم-، حتى استبان ذلك على وجوههم، وقال: البائت وحده. [حم، عق، ((الضعيفة)) (1114)]

(Daif Dengan Selengkap Ini) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW melaknat golongan mukhannas (pondan) daripada kalangan lelaki yang menyerupai wanita dan mutarajjilat (tomboi) daripada kalangan wanita yang menyerupai lelaki. Dan golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin dengan menyebut: 'Dia tidak mahu berkahwin'. Serta golongan wanita yang tidak mahu berkahwin dengan mengatakan ucapan yang sama. (Juga Baginda melaknat) seseorang yang menunggang di kawasan tanah yang luas secara seorang diri. Maka perkara tersebut menjadi berat ke atas para sahabat Rasulullah SAW, sehingga telihat jelas perasaan tersebut pada wajah mereka. Kemudian Baginda menyambung: (Turut dilaknat) orang yang tidur secara bersendirian. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnad beliau dan al-‘Uqaylī dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1114]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.