Nabi SAW masuk ke tempat mandi di Juhfah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: دخوله عليه السلام حماما بالجحفة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW masuk ke tempat mandi di Juhfah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 80, hadis nombor 197. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره النووي في شرح المهذب بالضعف جدا، والدميري في شرح المنهاج، قال الهيثمي: موضوع باتفاق الحفاظ.

Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam Syarah al-Muhazzab dan menghukumnya daif jiddan (sangat lemah). Al-Damiri dalam Sharh al-Minhaj mengatakan al-Haitami berkata: Palsu berdasarkan kesepakatan para huffaz.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs