Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW masih membaca doa qunut pada waktu subuh sehingga baginda wafat

Teks Bahasa Arab

مَا زَالَ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا.

Teks Bahasa Melayu

Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Nabi SAW masih membaca doa qunut pada waktu subuh sehingga baginda wafat.”

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis no. 7813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر). عن أنس بن مالك- رضي الله عنه - قال: ما زال -صلى الله عليه وسلم- يقْنت في الفجْر حتى فارق الدنيا. [عب، حم، قط، طحاوي، ك، هق. ((الضعيفة)) (5574)].

(Munkar) Daripada Anas Bin Malik RA, beliau berkata: Nabi SAW meneruskan membaca doa qunut pada waktu subuh sehingga kewafatan baginda.” [Riwayat Abd al-Razzaq di dalam Musannaf, Ahmad di dalam Musnadnya, Sunan al-Daraqutni, al-Tahawi, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5574].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.