Nabi SAW keluar dari rumah baginda, sehinggalah baginda berhenti di bahagian halaman masjid

TEKS BAHASA ARAB

إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد – صلى الله عليه وسلم – وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد – صلى الله عليه وسلم -. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa masjid ini tidak halal untuk (dimasuki) oleh mereka yang berjunub dan juga wanita haid. Melainkan bagi Muhammad SAW dan para isteri baginda. Begitu juga ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW Ketahuilah bahawa aku telah menjelaskan nama-nama bagi kamu (untuk diikuti) supaya kamu tidak sesat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296 – 297, hadis nombor 1563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: خرج النبي صلى الله عليه وسلم من بيته، حتى انتهى إلى صرح المسجد؛ فنادى بأعلى صوته: ((إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد – صلى الله عليه وسلم – وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد – صلى الله عليه وسلم -. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4973)]

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata Nabi SAW keluar dari rumah baginda, sehinggalah baginda berhenti di bahagian halaman masjid. Kemudian baginda menyeru dengan suara yang kuat, (menyatakan), “Bahawa masjid ini tidak halal untuk (dimasuki) oleh mereka yang berjunub dan juga wanita haid. Melainkan bagi Muhammad SAW dan para isteri baginda. Begitu juga ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW Ketahuilah bahawa aku telah menjelaskan nama-nama bagi kamu (untuk diikuti) supaya kamu tidak sesat.”
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4973]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs