Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنه لا يَحِلُّ المسجدُ لجُنُبٍ ولا حائضٍ؛ إلا لمُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وأزواجِهِ، وعليٍّ وفاطمةَ بنتِ مُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم. أَلَا! هل بَيَّنْتُ لكم الأسماءَ أن تَضِلُّوا.
Teks Bahasa Melayu
Bahawa masjid ini tidak halal untuk (dimasuki) oleh mereka yang berjunub dan juga wanita haid. Melainkan bagi Muhammad SAW dan para isteri baginda. Begitu juga ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW Ketahuilah bahawa aku telah menjelaskan nama-nama bagi kamu (untuk diikuti) supaya kamu tidak sesat.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 296 - 297, hadis no. 1563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أم سلمة - رضي الله عنها -، قالت: خرج النبي صلى الله عليه وسلم من بيته، حتى انتهى إلى صرح المسجد؛ فنادى بأعلى صوته: ((إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد - صلى الله عليه وسلم - وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد - صلى الله عليه وسلم -. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4973)]
(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata Nabi SAW keluar dari rumah baginda, sehinggalah baginda berhenti di bahagian halaman masjid. Kemudian baginda menyeru dengan suara yang kuat, (menyatakan), “Bahawa masjid ini tidak halal untuk (dimasuki) oleh mereka yang berjunub dan juga wanita haid. Melainkan bagi Muhammad SAW dan para isteri baginda. Begitu juga ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW Ketahuilah bahawa aku telah menjelaskan nama-nama bagi kamu (untuk diikuti) supaya kamu tidak sesat.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4973]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman