Nabi SAW jika telah menunaikan solat subuh, Baginda tidak akan bangkit daripada tempat duduknya

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا صلى الفجر لم يقم من مجلسه حتى يمكنه الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Nabi SAW telah menunaikan solat subuh, Baginda tidak akan bangkit daripada tempat duduknya sehingga baginda boleh solat (waktu Dhuha).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1116-1117, hadis nombor 5643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان إذا صلى الفجر لم يقم من مجلسه حتى يمكنه الصلاة. [السراج في مسنده، طس، الضعيفة (6726)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata : Jika Nabi SAW telah menunaikan solat subuh, Baginda tidak akan bangkit daripada tempat duduknya sehingga baginda boleh solat (waktu Dhuha). [Riwayat al-Sarraj dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6726]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs