Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ إِذَا صَلَّى الْفَجْرَ لَمْ يَقُمْ مِنْ مَجْلِسِهِ حَتَّى يُمْكِنَهُ الصَّلَاةَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Nabi SAW telah menunaikan solat subuh, Baginda tidak akan bangkit daripada tempat duduknya sehingga baginda boleh solat (waktu Dhuha).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1116-1117, hadis no. 5643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان إذا صلى الفجر لم يقم من مجلسه حتى يمكنه الصلاة. [السراج في مسنده، طس، الضعيفة (6726)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata : JJika Nabi SAW telah menunaikan solat subuh, Baginda tidak akan bangkit daripada tempat duduknya sehingga baginda boleh solat (waktu Dhuha). [Riwayat al-Sarraj dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6726]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman