Nabi SAW hadir sendiri ke majlis-majlis peringatan kelahiran Baginda

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي يحضر بنفسه في مجالس وعظ مولده عند ذكر مولده وبنوا عليه القيام عند ذكر المولد تعظيما وإكراما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW hadir sendiri ke majlis-majlis peringatan kelahiran baginda. Mereka juga bangun ketika menceritakan kisah kelahiran Nabi sebagai tanda mengangungkan dan memuliakan Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 46-47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَهَذَا أَيْضا من الأباطيل لم يثبت ذَلِكَ بِدَلِيل، وَمُجَرَّد الِاحْتِمَال والإمكان خَارج عَن حد الْبَيَان وأمثال هَذِه الْقَصَص الَّتِي ذَكرنَاهَا كَثِيرَة تذكرها وعاظ الْفضل المحمدي والمولد الأحمدي مَعَ اختلاقها وَعدم ثُبُوتهَا ظنا مِنْهُم أَن فِي ذكر جلالة الْقدر المحمدي ثَوابًا عَظِيما، وفضلا جسيما غافلين عَمَّا يَتَرَتَّب من الْإِثْم الْعَظِيم على من كذب على النَّبِي عَلَيْهِالصَّلَاة وَالتَّسْلِيم فِي قَول أَو فعل أَو وصف جمالي أَو كمالي، كَمَا دلّت عَلَيْهِ الْأَخْبَار الصَّرِيحَة والْآثَار الصَّحِيحَة.
وَبِالْجُمْلَةِ؛ فاللازم على كل مُسلم أَن يحْتَاط فِي أَمْثَال هَذِه الْأُمُور وَلَا يذكر شَيْئا لَا بعد تنقيحه وتحقيقه من الْكتب الْمُعْتَبرَة لأَصْحَاب العبور وَلَا يجترئ على ذكر مَا اخترعه طبعه أَو سطره كل من مضى قبله، وَإِن كَانَ من الغث والثمين وَلَا يفرقون بَين الشمَال وَالْيَمِين، فَإِنَّهُ جِنَايَة عَظِيمَة وخيانة جسيمة.
وَهَذَا أَوَان الشُّرُوع فِي الْمَقْصُود متوكلا على المفيض الْجواد المعبود.

Di antaranya juga apa yang mereka sebutkan tentang Nabi SAW hadir sendiri ke majlis-majlis peringatan kelahiran Baginda. Mereka juga bangun ketika menceritakan kisah kelahiran Nabi sebagai tanda mengangungkan dan memuliakan Nabi.
Ini juga adalah satu kebatilan yang tidak langsung sabit dengan dalil. Bahkan ia semata-mata sangkaan dan kemungkinan (ia berlaku) adalah di luar daripada bukti penjelasan (yang ia benar-benar berlaku). Kisah yang kami sebutkan ini banyak disebutkan oleh para penceramah. Para penceramah banyak menyebutkan tentang kelebihan Nabi dan peristiwa kelahiran baginda di samping banyaknya rekaan-rekaan dan tidak berasas dengan sangkaan bahawa yang disebut itu boleh mendatangkan pahala yang besar. Mereka lupa bahawa hal ini ialah dosa bagi sesiapa yang menipu atas nama Nabi SAW pada perkataan, perbuatan atau sifat Baginda yang berkaitan keindahan dan kesempurnaan seperti mana yang ditunjukkan oleh hadis-hadis lain yang jelas dan sahih.
Kesimpulannya, wajib ke atas setiap muslim untuk berhati-hati dengan perkara sebegini. Hal ini tidak boleh disebarkan sebelum mengenal pasti dan memastikan keabsahannya daripada kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh tokoh-tokoh setiap zaman Jangan cuba-cuba menyebut perkara yang direka-reka atau apa yang ditulis walau dia boleh membezakan, kerana orang ramai tidak mampu membezakan antara kiri dan kanan. Ini adalah satu jenayah yang berat dan satu pengkhianatan yang sangat berbahaya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs