Nabi SAW gemar melihat kehijauan dan air yang mengalir

TEKS BAHASA ARAB

كان يحب أن ينظر إلى الخضرة وإلى الماء الجاري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW gemar melihat kehijauan dan air yang mengalir.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis nombor 5493. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان يحبُّ أن ينظُرَ إلى الخُضرةِ وإلى الماء الجاري. [عد، أبو نعيم في الطب، الضعيفة (5933)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau menceritakan: Nabi SAW gemar melihat kehijauan dan air yang mengalir. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan Abu Nu‘aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5933]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs