Nabi SAW diutuskan sebagai pendakwah dan pembawa rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى لم يبعثني طعانا، ولا لعانا، ولكن بعثني داعية ورحمة، اللهم! اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak mengutuskanku untuk mencela dan melaknat tetapi Dia mengutuskanku sebagai pendakwah dan pembawa rahmat. Ya Allah! Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1580, hadis nombor 7994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عبيد-، قال: لما كُسرت رباعية رسول الله صلى الله عليه وسلم وشج في جبهته، فجعلت الدماء تسيل على وجهه، قيل:"يا رسول الله، ادع الله عليهم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله تعالى لم يبعثني طعانا، ولا لعانا، ولكن بعثني داعية ورحمة، اللهم! اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون)). [هب، ((الضعيفة)) (7088)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Ubaid, beliau berkata: Apabila patah gigi Rasulullah SAW dan terbelah dahinya, lalu mengalirlah darah di wajah baginda. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar ditimpakan balasan ke atas mereka. Maka jawab Nabi SAW: ((Sesungguhnya Allah tidak mengutuskanku untuk mencela dan melaknat tetapi Dia mengutuskanku sebagai pendakwah dan pembawa rahmat. Ya Allah! Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”))
[Riwayat al-Baihaqī di dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7088].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs