Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا، وَلَا لَعَّانًا، وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةَ وَرَحْمَةٍ، اللَّهُمَّ! اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak mengutuskanku untuk mencela dan melaknat tetapi Dia mengutuskanku sebagai pendakwah dan pembawa rahmat. Ya Allah! Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Ubaid
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1580, hadis no. 7994. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abdullah bin Ubaid, beliau berkata: Apabila patah gigi Rasulullah SAW dan terbelah dahinya, lalu mengalirlah darah di wajah baginda. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar ditimpakan balasan ke atas mereka. Maka jawab Nabi SAW: ((Sesungguhnya Allah tidak mengutuskanku untuk mencela dan melaknat tetapi Dia mengutuskanku sebagai pendakwah dan pembawa rahmat. Ya Allah! Ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”)) [Riwayat al-Baihaqī di dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.7088].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman