Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW ditanya: Telur yang mana satu?

Teks Bahasa Arab

أَنه سُئِلَ أَي بيض فَقَالَ كل بيض وَلَو بيض النَّمْل.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW ditanya: Telur yang mana satu? Nabi SAW menjawab: Semua telur walaupun telur semut.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَرُوِيَ «أَنه سُئِلَ أَي بيض فَقَالَ كل بيض وَلَو بيض النَّمْل» وَفِيه ابْن وثيق وَكذبه ابْن معِين.

Diriwayatkan: “Nabi SAW ditanya: Telur yang mana satu? Nabi SAW menjawab: Semua telur walaupun telur semut.” Dalam sanad hadith ini terdapat Ibn Wathiq. Ibn Ma’in menilainya sebagai pendusta.

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.