Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّوْمِ السَّفَرِ؟ فَقَالَ: لَنْ أَفْطُرْ، وَقَالَ: إِنِّي أَقْوَى عَلَى الصَّوْمِ! فَقَالَ: إِنَّ اللهَ تَصَدَّقَ بِإِفْطَارِ الصِّيَامِ عَلَى مَرْضَى أُمَّتِي وَمُسَافِرِيهِم، أَفَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَلَى أَحَدٍ بِصَدَقَةٍ ثُمَّ يَظَلُّ يَرُدُّهَا عَلَيْهِ؟!
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir, orang yang bertanya itu berkata: Saya tidak akan berbuka dan dia berkata lagi : Saya mampu berpuasa. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah bersedekah kepada umatku yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa. Adakah kamu suka jika kamu bersedekah kepada seseorang kemudian orang itu berterusan menolak?
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1047, hadis no. 5353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
[Lemah] Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan berpuasa ketika musafir, orang yang bertanya itu berkata: Saya tidak akan berbuka dan dia berkata lagi : Saya mampu berpuasa. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah bersedekah kepada umatku yang sakit dan bermusafir untuk berbuka puasa. Adakah kamu suka jika kamu bersedekah kepada seseorang kemudian orang itu berterusan menolak? [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2196]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman