Nabi SAW dinamakan sebagai Ahyad dalam kitab Taurat

TEKS BAHASA ARAB

سيد بنى دارا، واتخذ مأدبة وبعث داعيا، فالسيد الجبار، والمأدبة القرآن، والدار الجنة، والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد، وفي الإنجيل أحمد، وفي التوراة أحيد، وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم، وأحبوا العرب بكل قلوبكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang tuan telah mendirikan sebuah rumah, menyediakan hidangan dan mengutuskan seorang pengundang. Maka tuan itu adalah Allah al-Jabbar, hidangan itu pula adalah al-Qur’an, rumah itu adalah syurga dan pengundang pula adalah aku (Nabi SAW). Maka, namaku dalam al-Qur’an adalah Muhammad, dalam Injil pula Ahmad, dan di dalam Taurat Ahyad. Aku dinamakan sebagai Ahyad kerana aku menghindarkan api neraka daripada umatku dan cintailah Arab sepenuh hati kamu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis nombor 7241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: سيد بنى دارا، واتخذ مأدبة وبعث داعيا، فالسيد الجبار، والمأدبة القرآن، والدار الجنة، والداعي أنا، فأنا اسمي في القرآن محمد، وفي الإنجيل أحمد، وفي التوراة أحيد، وإنما سميت أحيد لأني أحيد عن أمتي نار جهنم، وأحبوا العرب بكل قلوبكم.
[عد، ((الضعيفة)) (1865)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang tuan telah mendirikan sebuah rumah, menyediakan hidangan dan mengutuskan seorang pengundang. Maka tuan itu adalah Allah al-Jabbar, hidangan itu pula adalah al-Qur’an, rumah itu adalah syurga dan pengundang pula adalah aku (Nabi SAW). Maka, namaku dalam al-Qur’an adalah Muhammad, dalam Injil pula Ahmad, dan di dalam Taurat Ahyad. Aku dinamakan sebagai Ahyad kerana aku menghindarkan api neraka daripada umatku dan cintailah Arab sepenuh hati kamu.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1865]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs