TEKS BAHASA ARAB
دعي النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى جنازة يصلي عليه فلم يصل عليه، قالوا: يا رسول الله! ما رأيناك تركت الصلاة على أحد إلا على هذا؟ قال: ((إنه كان يُبغض عثمان فأبغضه الله)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW dijemput untuk menunaikan solat ke atas sekujur mayat namun baginda enggan untuk solat ke atasnya Lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami tidak pernah melihat engkau meninggalkan solat jenazah melainkan jenazah ini." Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia membenci ‘Uthman, lalu Allah marah ke atasnya."
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1804, hadis nombor 9093. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: دعي النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى جنازة يصلي عليه فلم يصل عليه، قالوا: يا رسول الله! ما رأيناك تركت الصلاة على أحد إلا على هذا؟ قال: ((إنه كان يُبغض عثمان فأبغضه الله)). [ت، السهمي، ((الضعيفة)) (1967)]
(Palsu) Daripada Jabir RA, beliau menceritakan: Nabi SAW dijemput untuk menunaikan solat ke atas sekujur mayat namun baginda enggan untuk solat ke atasnya Lalu para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami tidak pernah melihat engkau meninggalkan solat jenazah melainkan jenazah ini." Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia membenci ‘Uthman, lalu Allah marah ke atasnya." [Riwayat al-Tirmizi dan al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1967]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.