Nabi SAW diberikan bekas di dalamnya ada susu dan madu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنه صلى الله عليه وسلم أتي بقدح فيه لبن وعسل. فقال أشربتان في شربة؟ فرده ولم يشربه ولم يحرمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Bahawa Nabi SAW diberikan satu bekas di dalamnya ada susu dan madu. Baginda bersabda: Dua minuman dalam satu minuman? Maka baginda menolaknya. Baginda tidak minum dan tidak mengharamkannya.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 177-178, hadis nombor 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا مطولا وقال: تفرد به نعيم بن مورع وليس بثقة. قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني في الأوسط من هذه الطريق. وله شاهد ذكره الطبراني في الأوسط عن أنس بن مالك مرفوعا . وله طرق أخرى .

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dalam riwayat yang panjang. Al-Daraqutni berkata: Bersendirian Nu‘aim bin Mauri’ dalam meriwayatkan hadith dan dia bukan seorang yang thiqah. Al-Suyuthi berkata: Al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Awsat dari jalan ini. Ia mempunyai riwayat sokongan yang disebutkan oleh Al-Tabarani di dalam kitabnya al-Awsat daripada Anas bin Malik secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Dan baginya terdapat jalan-jalan yang lain.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs