Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنه صلى الله عليه وسلم أتي بقدح فيه لبن وعسل. فقال أشربتان في شربة؟ فرده ولم يشربه ولم يحرمه.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Bahawa Nabi SAW diberikan satu bekas di dalamnya ada susu dan madu. Baginda bersabda: Dua minuman dalam satu minuman? Maka baginda menolaknya. Baginda tidak minum dan tidak mengharamkannya.
Sahabat Perawi
- Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 177-178, hadis no. 56. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن عائشة مرفوعا مطولا وقال: تفرد به نعيم بن مورع وليس بثقة. قال في اللآلىء: أخرجه الطبراني في الأوسط من هذه الطريق. وله شاهد ذكره الطبراني في الأوسط عن أنس بن مالك مرفوعا . وله طرق أخرى .
Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dalam riwayat yang panjang. Al-Daraqutni berkata: Bersendirian Nu‘aim bin Mauri’ dalam meriwayatkan hadith dan dia bukan seorang yang thiqah. Al-Suyuthi berkata: Al-Tabarani meriwayatkan di dalam kitabnya al-Awsat dari jalan ini. Ia mempunyai riwayat sokongan yang disebutkan oleh Al-Tabarani di dalam kitabnya al-Awsat daripada Anas bin Malik secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Dan baginya terdapat jalan-jalan yang lain.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman