Nabi SAW datang kepada kami lalu berdoa

TEKS BAHASA ARAB

اللهم ارحم خلفائي الذين يأتون بعدي، يروون أحاديثي وسنتي، ويعلمونها الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW keluar mendatangi kami, lalu berdoa: “Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifahku yang datang selepas aku, yang meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada manusia.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis nombor 8981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: خرج علينا رسول الله ﷺ فقال: «اللهم ارحم خلفائي الذين يأتون بعدي، يروون أحاديثي وسنتي، ويعلمونها الناس». الرامهرمزي في «الفاصل»، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، الخطيب في «شرف أصحاب الحديث»، الهروي في «ذم الكلام»، القاضي عياض في «الإلماع»، عبد الغني المقدسي في «كتاب العلم»، الضياء في «المنتقى من مسموعاته بمرو»، محمد بن طولون في «الأربعين»، ((الضعيفة)) (854)].

(Batil) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Nabi SAW datang kepada kami lalu berdoa: “Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifahku yang datang selepas ketiadaan aku, yang meriwayatkan hadis-hadisku dan sunahku serta mengajarkannya kepada manusia.” [Riwayat al-Ramahurmuzi dalam al-Faasil, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib dalam Syaraf Ashab al-Hadis, al-Harawi dalam Zammu al-Kalam, al-Qadhi ‘Iyad dalam al-Ilma’, Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam Kitab al-Ilm, al-Dhiya’dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marwi dan Muhammad bin Tuuluun dalam al-Arba’in. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.