Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ ارحم خُلفائِي الَّذين يَأتونَ بعدي، يروُون أحاديثي وسُنَّتي، و يعلِّمونَها النَّاسَ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW keluar mendatangi kami, lalu berdoa: “Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifahku yang datang selepas aku, yang meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada manusia.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis no. 8981. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Ali bin Abi Talib RA berkata: Nabi SAW datang kepada kami lalu berdoa: “Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifahku yang datang selepas ketiadaan aku, yang meriwayatkan hadis-hadisku dan sunahku serta mengajarkannya kepada manusia.” [Riwayat al-Ramahurmuzi dalam al-Faasil, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, al-Khatib dalam Syaraf Ashab al-Hadis, al-Harawi dalam Zammu al-Kalam, al-Qadhi ‘Iyad dalam al-Ilma’, Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam Kitab al-Ilm, al-Dhiya’dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marwi dan Muhammad bin Tuuluun dalam al-Arba’in. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 854]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman