Nabi SAW datang ke Quba’, lalu Baginda bertemu sekumpulan Ansar membawa jenazah di pintu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارجعوا به فاغسلوه وكفنوه، وصلوا عليه وادفنوه، والذي نفسي بيده، لقد كادت الملائكة تحول بيني وبينه. يعني: مولى للأنصار، كان يصلي ويدع!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kembalilah! Mandikanlah dia, kafankan dia, solatlah ke atasnya dan kebumikanlah dia. Demi diriku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya malaikat hampir saja menghalangi di antara aku dan dia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1547, hadis nombor 7852. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ أَبِي شُمَيلَةَ -رضي الله عنه-، قال: أَتى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إلَى قُبَاءَ؛ فَاسْتَقْبَلَهُ رَهْطٌ مِنْ الْأَنْصَارِ يَحْمِلُونَ جِنَازَةً عَلَى بَابٍ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَا هَذَا؟))، قَالُوا: مَمْلُوكٌ لِآلِ فُلَانٍ كَانَ مِنْ أَمْرِهِ، قَالَ: ((أَكَانَ يَشْهَدُ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ؟))، قَالُوا: نَعَمْ، وَلَكِنَّهُ كَانَ وَكَانَ. فَقَالَ: ((أَمَا كَانَ يُصَلِّي؟)) فَقَالُوا: قَدْ كَانَ يُصَلِّي وَيَدَعُ. فَقَالَ لَهُمْ: ((ارْجِعُوا بِهِ فَاغسِلُوهُ وَكَفِّنُوهُ، وَصَلُّوا عَلَيْهِ وَادْفِنُوهُ، وَاَلَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ كَادَتْ الْمَلَائِكَةُ تَحُولُ بَيْنِي وَبَيْنَهُ)). [الخلال في ((جامعه))، ((الضعيفة)) (6036)]

(Munkar)
Daripada Abu Shumailah RA berkata: “Nabi SAW datang ke Quba’, lalu Baginda bertemu sekumpulan Ansar membawa jenazah di pintu. Baginda berkata: “Apa ini?” Mereka menjawab: Hamba kepada seseorang dan ia merupakan arahannya (untuk membawanya ke sini). Baginda berkata: “Adakah dahulu dia mengucapkan tiada Tuhan melainkan Allah?” Mereka menjawab: Ya, tetapi dia dulu juga (melakukan) itu dan ini. Baginda bertanya lagi: “Adakah dahulu dia mendirikan solat?” Mereka menjawab: Dia pernah solat dan juga pernah meninggalkannya. Baginda berkata kepada mereka: “Kembalilah! Mandikanlah dia, kafankan dia, solatlah ke atasnya dan kebumikanlah dia. Demi diriku berada di tangan-Nya! Sesungguhnya malaikat hampir saja menghalangi di antara aku dan dia.”
[Riwayat al-Khallal dalam Jami’ beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.