Nabi SAW datang ke kubur syuhada pada setiap awal tahun

TEKS BAHASA ARAB

عن محمد بن إبراهيم قال: (كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان]).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Muhammad Bin Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW datang ke kubur syuhada pada setiap awal tahun dan berkata: Salam sejahtera ke atas kamu dengan apa yang telah kamu sabar, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766, hadis nombor 8890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن محمد بن إبراهيم قال: (كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان]). [ابن جرير في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6629)].

(Munkar)
Daripada Muhammad Bin Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW datang ke kubur syuhada pada setiap awal tahun dan berkata: ((Salam sejahtera ke atas kamu atas kesabaran kamu, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman.))
[Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6629].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs