Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يَأْتِي قُبُورُ الشُّهَدَاءِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ حَوْلٍ فَيَقُولُ: السَّلَامُ (كَذَا) بِمَا صَبَرْتُمْ، فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ. وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ [وَعُثْمَانُ].
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW dahulu datang ke kubur syuhada pada setiap awal tahun dan berkata: Salam sejahtera ke atas kamu dengan apa yang telah kamu sabar, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. (Begitu juga) Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Ibrahim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766, hadis no. 8890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن محمد بن إبراهيم قال: (كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان]). [ابن جرير في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6629)].
(Munkar) Daripada Muhammad Bin Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW dahulu datang ke kubur syuhada pada setiap awal tahun dan berkata: Salam sejahtera ke atas kamu dengan apa yang telah kamu sabar, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. (Begitu juga) Abu Bakar, Umar dan Uthman.)) [Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6629].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman