Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبورَ الشهداءِ على رأسِ كلِّ حولٍ فيقول: السلامُ (كذا) عليكم بما صبرتُم، فنعمَ عُقبى الدارِ، وأبو بكرٍ وعمرُ [وعثمانُ].
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW datang ke kubur para syuhada pada setiap awal tahun dan bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu untuk kesabaran kamu, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Sahabat Perawi
- Muhammad bin Ibrahim
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1960, hadis no. 9805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن محمد بن إبراهيم، قال: كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبوَ الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان]. [ابن جرير في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6629)]
(Munkar) Daripada Muhammad bin Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW datang ke kubur para syuhada pada setiap awal tahun dan bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu untuk kesabaran kamu, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman. [Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 6629]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman