Nabi SAW boleh melihat di dalam kegelapan sebagaimana Baginda melihat ketika keadaan cerah

TEKS BAHASA ARAB

كان يرى في الظلمة كما يرى في الضوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW boleh melihat di dalam kegelapan sebagaimana Baginda melihat ketika keadaan cerah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1658, hadis nombor 8370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: كان يرى في الظلمة كما يرى في الضوء. [تمام، عد، البيهقي في ((الدلائل))، خط، مكي المؤذن في ((حديثه))، الضياء المقدسي في ((المنتقى من حديث أبي علي الأوقي))، ((الضعيفة)) (341)].

(Palsu)
Daripada Aisyah RA, beliau berkata bahawa: Nabi SAW boleh melihat di dalam kegelapan sebagaimana Baginda melihat ketika cerah.
[Riwayat Tammam, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil, al-Baihaqi dalam al-Dalail, al-Khatib dalam al-Tarikh, Makki al-Muazzin dalam hadithnya, al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Muntaqa daripada hadith Abi Ali al-Awqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 341].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs